1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Timun mengandungi 90% air. Justeru ia mampu membantu menghilangkan panas badan dari luar dan dalam. Bagi mereka yang terlalu sibuk hinggakan tidak sempat untuk minum air, anda disarankan agar makan timun setiap hari bagi menggantikan kehilangan air.
2) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak sebagai penyapu yang akan menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan memakan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).
3) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, dan memastikan anda kelihatan berseri dan bertenaga.
Kalau anda nak best lagi, jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan sesekali membuang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.
Kalau anda nak best lagi, jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan sesekali membuang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.
4) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang memberi manfaat yang sangat besar untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Timun juga dapat melegakan sunburn. Kerana itu, salah satu sugar scrub keluaran Ann Dee mempunyai ekstrak pati timun bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
5) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Bagi mereka yang sedang berdiet, anda digalakkan menggunakan timun dalam sup dan salad anda, kerana ia mengandungi air yang tinggi dan berkalori rendah. Ia juga boleh dijadikan sebagai makanan ringan kegemaran anda dengan cara makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Dengan kerap mengunyah, timun menguatkan rahang dan merupakan senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Pengambilan timun sebagai makanan harian juga dapat membantu para pesakit sembelit yang kronik.
6) Khasiat Timun Memulihkan Mata
Kita selalu melihat para wanita meletakkan kepingan sejuk timun di mata. Sebenarnya ia boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
7) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim. Justeru, timun digalakkan dalam pemakanan kita seharian.
8) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Para pesakit kencing manis adalah digalakkan makan timun dalam pengambilan diet setiap hari kerana jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin. Disamping itu, sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun juga mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
9) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
10) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda dan membantu mengurangkan keguguran rambut setiap hari.
11) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk mereka yang mengalami masalah sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik dalam badan.
12) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap mabuk dan sakit kepala.
13) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini membantu menjadikan buah pinggang sihat bila selalu diamalkan.
Jika anda rasa info ini bermanfaat , jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan semoga mereka juga dapat mengamalkan







0 comments:
Post a Comment