Siapa pernah pergi Sabah atau memang tinggal di Sabah? Best kan Negeri Sabah ni. Kak Dee pernah menetap di Sabah selama 2 tahun. Masa tu sedang berkhidmat di salah sebuah agensi kerajaan tahun 2008-2010.
Itulah kali pertama Kak Dee sampai ke Sabah pada 1.12.2008. Tinggal bertiga dengan 2 orang anak yang masih kecil masa tu. Husband tak dapat tukar, so kami PJJ selama 2 tahun tu. Masa tu memang berserah sepenuhnya kepada Allah sebab tak kenal sesiapa dan tak tahu cara hidup di Sabah.
Kami bertolak ke Sabah pada 30.11.2008, samapai sana dalam kul 1 pagi. Menginap di sebuah hotel sementara nak cari rumah sewa. Nasib masa sampai sana, kereta Kak Dee sampai sama hari dengan kami sampai. Sebab hantar dengan kargo lebih awal. Husband Kak Dee lepas je hantar, esoknya hari Ahad dia dah balik. Rasa masa cerita Nabi Ibrahim pun ada masa dia tinggalkan Hajar bersama anaknya Nabi Ismail. Memang trill gile masa tu. Takut, sedih, semua ada. Tapi demi mencari rezeki, kena relakan juga la.
Tapi bila dah makin lama tinggal di Sabah, rasa sayang pula. Macam tak mau balik Semenanjung. Jalan memang jem, sama je macam di Semenanjung, tapi Kak Dee paling suka bahan mentah disana. Ya Allah, murahnya. Tapi jangan beli bahan dah masak, memang mahal. Hari pertama sampai, pergi makan di sebuah restoran, nasi goreng biasa sepinggan RM7. Kedai makan biasa je, tapi macam makan kat kedai 3 star di Semenanjung. Terkulat2 nak membayar sebab terkejut dengar harga..hehehehe..
Memandangkan suami dah nak balik keesokkannya, so hari Sabtu dan Ahad tu kami pulun cari rumah sewa dan nursery untuk hantar anak nanti. Rumah sewa memang mahal sebab mereka tahu orang semenanjung yang sedang berkhidmat akan diberi elaun rumah. Rumah flat dalam RM1000. pengsan jap.. Mengenangkan ada kelayakan tuntutan untuk penginapan di hotel 3 hari sebelum berpindah dan 5 hari selepas berpindah, so Kak Dee tinggal di hotel dulu dengan harapan dapat cari rumah yang lebih murah dan berbaloi dengan harganya. Akhirnya dapat sebuah ruamh teres corner lot dengan harga RM650 sebulan. Kosong, xda apa-apa tapi xpa, sebab dalam sebulan barang Kak Dee akan sampai. So tidur je atas TOTO dulu.
Ok, nanti Kak Dee sambung part 2.
Have a nice day









0 comments:
Post a Comment