Friday, 19 January 2018

PENGENALAN

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Salam perkenalan semua dari Kak Dee. Nama sebenar Kak Dee ialah Noor Diana Hayati binti Kamudin anak kelahiran Negeri Perlis dan sekarang menetap di Kajang, Selangor. Kak Dee merupakan anak sulung dari lima (5) adik beradik dan founder bagi produk penjagaan badan jenama Ann Dee.

Kak Dee memulakan kerjaya dalam bidang perbankan dan perkhidmatan, dan kini merupakan salah seorang tenaga pengajar dalam bidang inovasi dan kreativiti selama 10 tahun. Kak Dee juga  merupakan salah seorang panel juri bertauliah dalam bidang tersebut bagi jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

Tahun 2018, Kak Dee mengorak langkah ke bidang kecantikan lantaran minat yang mendalam dalam bidang ini. Justeru, timbulnya idea bagi menghasilkan produk  Scrub yang berasaskan gula bagi membantu wanita berkejaya seperti Kak Dee yang inginkan kulit cantik berseri namun menghadapi kekangan masa untuk pergi ke SPA walaupun SPA tersebut hanya di sebelah rumah.

Maka terhasillah Sugar Scrub yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi terpilih dan berkualiti tinggi, dan 100% secara homemade bagi membantu anda semua yang sukakan kecantikan namun menghadapi masa yang amat terhad untuk pergi ke salon-salon.

Diharapkan agar anda semua berpuas hati dengan penggunaan produk jenama Ann Dee ini.

Body Care You'll Love.

0 comments:

Post a Comment