Sunday, 22 April 2018

DROPSHIP

Kerja..Kerja..Kerja.. 
Letih usah cakaplah..
Bestnya kalau dapat massage, sauna dan badan di scrub dengan haruman.. Segar rasanya.. 
Alami kenikmatan SPA di rumah anda..


Kak Dee nk buka peluang tambah income jadi sebahagian drp team Kak Dee..
Jom jana keuntungan lumayan bersama. 
Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus Inbox atau tinggalkan number fon.
#20%keuntungan
#anndeebodycare
#anndeesugarscrub



ANN DEE SUGAR SCRUB BODY CARE


Alhamdulillah.. syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.. Majlis Pelancaran Produk Kak Dee 'Ann Dee Sugar Scrub, Body Care' telah berjalan dengan lancar pada 14.04.2018 yang bertempat di Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur yang lalu. 

Terima kasih atas doa korang semua terutama ahli keluarga Kak Dee dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang misi untuk pelancaran produk Kak Dee ni.. Kak Dee rasa happy sangat dan amat terharu dengan support dari korang semua.. Pada yang PM Kak Dee, Kak Dee akan reply satu satu ye.
#anndeesugarscrub
#anndeebodycare






Wednesday, 18 April 2018

MAJLIS PELANCARAN PRODUK PIBF & FACE OF ZEETA 2018 PART 1

Assalamulaikum, 
Hai semua followers dan semua bloggers yang Kak Dee sayangi.. 
Kak Dee nak cerita sket sekitar Majlis Pelancaran Produk PIBF & Face of Zeeta 
yang merupakan event paling bersejarah yang pernah Kak Dee hadiri 
sepanjang Kak Dee terjebak dalam dunia perniagaan ni. 

Ini kali pertama juga Kak Dee berjaya mempromosikan produk Kak Dee sendiri iaitu 
Ann Dee Sugar Scrub Body Care You''ll Love (buatan tangan tau..)..
Ok..jom kita view sket gambar-gambar yang sempat adik Kak Dee amik merangkap Juruphoto 
Kak Dee sebelum majlis tersebut berlansung.. lets check it out..  

Sebelum itu, Kak Dee nak cerita sket apa itu PIBF..
PIBF adalah singkatan kepada Program Intensif Business Founder 
yang Kak Dee hadiri selama 3 bulan dari bulan Februari 2018 hari tu.

PIBF ni dianjurkan oleh Puan Zaiti Nordin, pengasas Zeeta. 
PIBF ini bertujuan bagi memberikan peluang kepada para usahawan-usahawan wanita 
untuk membangunkan produk sendiri untuk diketengah di dalam pasaran.

MAJLIS PELANCARAN PRODUK PIBF & FACE OF ZEETA

TARIKH: 14 APRIL 2018 (SABTU)
 TEMPAT: ANCASA HOTEL & RESORTS KUALA LUMPUR
MASA: 2.30pm - 7.00pm 
  

  

Sempat lagi Kak Dee berposing sementara adik2 Kak Dee setup booth Kak Dee...berdebar ni time ni..
Dah la dapat meja depan sekali dekat dengan meja VVIP dan Juri...

  

Adik2 Kak Dee tengah sibuk deco booth Kak Dee.. 
Kat bawah ni antara booth2 Founder PIBF yang turut sama Kak Dee dalam majlis ini..

 

 

Ok..booth Kak Dee dah siap...tara.... 

  


  
Ok, nanti Kak Dee sambung pula sekitar Majlis Pelancaran pula.. stay tune.
Majlis Pelancaran Produk PIBF & Face of Zeeta Part 2 is coming..

Wednesday, 11 April 2018

SEHARI LAGI


TIPS SELFIE

Siapa suka ambik gambar diri sendiri? atau bahasa mudahnya selfie?

Hari ini Kak Dee nak kongsi tips agar gambar jadi cantik walaupun kamera cap ayam..hehehe

1. Semak Rupa
Meaning, check dulu tudung tu senget tak? celah gigi tu ada tak sisa makanan, muka tu ada bedak tak? Tak semestinya orang cantik je boleh selfie, kita yang tak cantik boleh jadi cantik juga aih kalau boh bedak sikit, lipstik sikit.. tak yah boh banyak ok.

2. Pencahayaan
Untuk Selfie, pastikan pencahayaan yang masuk melalui kamera henfon adalah mencukupi agar gambar tidak menjadi gelap.

3. Latar belakang gambar
Kalau nak ambik gambar tu, tengok dulu sekeliling kita, terutama belakang kita supaya gambar jadi cantik. Bukannya main taram je ambik gambar, sekali rupanya ada lori sampah lalu belakang kita, kang dah tak cantik.

4. Silence
Ada sesetengah orang tangannya menjadi parkinson bila nak selfie. So apa yang anda boleh buat, tarik nafas secukupnya agar bila bergambar, gambar tidak bergoyang.

5. Edit
Lepas bergambar, boleh la edit sikit gambar tu, touch up mana yang patut. Tapi kalau tak nak pun tak apa, lagi bagus. Natural gitu.. :)

6. Pertimbangan sudut
Masa nak bergambar tu, cari posisi muka yang sesuai. Tidak terlalu dekat dengan muka dan boleh cover mana yang ada jerawat tu ke atau double chin tu.. hehehe :)

Ok.. dah faham kan, boleh selfie dah.. hehehehe :)

Tuesday, 10 April 2018

KELEBIHAN MOISTURIZING SCRUB





KELEBIHAN SUGAR SCRUB RELAXING


KELEBIHAN SUGAR SCRUB SLIMMING



KENANGAN SABAH PART 1

Siapa pernah pergi Sabah atau memang tinggal di Sabah? Best kan Negeri Sabah ni. Kak Dee pernah menetap di Sabah selama 2 tahun. Masa tu sedang berkhidmat di salah sebuah agensi kerajaan tahun 2008-2010.

Itulah kali pertama Kak Dee sampai ke Sabah pada 1.12.2008. Tinggal bertiga dengan 2 orang anak yang masih kecil masa tu. Husband tak dapat tukar, so kami PJJ selama 2 tahun tu. Masa tu memang berserah sepenuhnya kepada Allah sebab tak kenal sesiapa dan tak tahu cara hidup di Sabah.

Kami bertolak ke Sabah pada 30.11.2008, samapai sana dalam kul 1 pagi. Menginap di sebuah hotel sementara nak cari rumah sewa. Nasib masa sampai sana, kereta Kak Dee sampai sama hari dengan kami sampai. Sebab hantar dengan kargo lebih awal. Husband Kak Dee lepas je hantar, esoknya hari Ahad dia dah balik. Rasa masa cerita Nabi Ibrahim pun ada masa dia tinggalkan Hajar bersama anaknya Nabi Ismail. Memang trill gile masa tu. Takut, sedih, semua ada. Tapi demi mencari rezeki, kena relakan juga la.

Tapi bila dah makin lama tinggal di Sabah, rasa sayang pula. Macam tak mau balik Semenanjung. Jalan memang jem, sama je macam di Semenanjung, tapi Kak Dee paling suka bahan mentah disana. Ya Allah, murahnya. Tapi jangan beli bahan dah masak, memang mahal. Hari pertama sampai, pergi makan di sebuah restoran, nasi goreng biasa sepinggan RM7. Kedai makan biasa je, tapi macam makan kat kedai 3 star di Semenanjung. Terkulat2 nak membayar sebab terkejut dengar harga..hehehehe..

Memandangkan suami dah nak balik keesokkannya, so hari Sabtu dan Ahad tu kami pulun cari rumah sewa dan nursery untuk hantar anak nanti. Rumah sewa memang mahal sebab mereka tahu orang semenanjung yang sedang berkhidmat akan diberi elaun rumah. Rumah flat dalam RM1000. pengsan jap.. Mengenangkan ada kelayakan tuntutan untuk penginapan di hotel 3 hari sebelum berpindah dan 5 hari selepas berpindah, so Kak Dee tinggal di hotel dulu dengan harapan dapat cari rumah yang lebih murah dan berbaloi dengan harganya. Akhirnya dapat sebuah ruamh teres corner lot dengan harga RM650 sebulan. Kosong, xda apa-apa tapi xpa, sebab dalam sebulan barang Kak Dee akan sampai. So tidur je atas TOTO dulu.

Ok, nanti Kak Dee sambung part 2.

Have a nice day






DROPSHIP DIPERLUKAN




COUNTING DAYS


Sunday, 8 April 2018

MANFAAT TIMUN

1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.

Timun mengandungi 90% air. Justeru ia mampu membantu menghilangkan panas badan dari luar dan dalam. Bagi mereka yang terlalu sibuk hinggakan tidak sempat untuk minum air, anda disarankan agar makan timun setiap hari bagi menggantikan kehilangan air. 

2) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.

Cecair yang ada dalam timun bertindak sebagai penyapu yang akan menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan memakan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).


3) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, dan memastikan anda kelihatan berseri dan bertenaga.
Kalau anda nak best lagi, jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan sesekali membuang kulit  timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

4) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang memberi manfaat yang sangat besar untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Timun juga dapat melegakan sunburn. Kerana itu, salah satu sugar scrub keluaran Ann Dee mempunyai ekstrak pati timun bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.


5) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Bagi mereka yang sedang berdiet, anda digalakkan menggunakan timun dalam sup dan salad anda, kerana ia mengandungi air yang tinggi dan berkalori rendah. Ia juga boleh dijadikan sebagai makanan ringan kegemaran anda dengan cara makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Dengan kerap mengunyah, timun menguatkan rahang dan merupakan senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Pengambilan timun sebagai makanan harian juga dapat membantu para pesakit sembelit yang kronik. 

6) Khasiat Timun Memulihkan Mata 
Kita selalu melihat para wanita meletakkan kepingan sejuk timun di mata. Sebenarnya ia boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.


7) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim. Justeru, timun digalakkan dalam pemakanan kita seharian.

8) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Para pesakit kencing manis adalah digalakkan makan timun dalam pengambilan diet setiap hari kerana jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin. Disamping itu, sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun juga mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.


9) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

10) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda dan membantu mengurangkan keguguran rambut setiap hari.

11) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout

Timun adalah sumber yang sangat baik untuk mereka yang mengalami  masalah sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis  dengan mengurangkan tahap asid urik dalam badan.

12) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap mabuk dan sakit kepala.

13) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini membantu menjadikan buah pinggang sihat bila selalu diamalkan. 
Jika anda rasa info ini bermanfaat , jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan semoga mereka juga dapat mengamalkan

MANFAAT SCRUB GULA DAN CARA MEMBUATNYA


   

Exfloating atau pengelupasan kulit merupakan salah satu perawatan kulit yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Melakukan pengelupasan kulit menggunakan scrub dapat membantu menyingkirkan sel-sel mati dan menjadikan kulit kelihatan lebih segar.

Salah satu scrub terbaik untuk pengelupasan kulit adalah scrub dari gula. Gula putih atau gula perang adalah bahan semulajadi yang biasa dipakai dalam pembuatan scrub.

Manfaat Scrub Gula

Berikut ini beberapa manfaat yang boleh diperolehi jika anda menggunakan scrub gula untuk merawat kulit:

  • Scrub gula adalah cara terbaik untuk menyingkirkan kulit kering, dan bersisik.
  • Scrub ini sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak memiliki kesan sampingan.
  • Scrub ini bermanfaat untuk mencegah penyakit kulit seperti eksim dan psoriasis karana gula dapat melembabkan kulit secara efektif.
  • Scrub ini mampu melawan selulit.
  • Penggunaan secara rutin dapat membantu kulit sehat dan cerah.
  • Scrub gula juga dapat membantu dalam menyingkirkan daki.
  • Scrub juga dapat digunakan pada bibir untuk mencegah bibir pecah-pecah. 
  • Membantu menyerap minyak dan kotoran dari kulit dan menyeimbangkan minyak alami.
  • Membantu menjaga kulit terhidrasi dan bersinar.
  • Scrub gula dapat digunakan untuk wajah, bermanfaat untuk pengelupasan dan membersihkan kulit. Manfaat lainnya, scrub ini tidak menyumbat pori-pori dan mudah diserap kulit. Menggunakan scrub gula pada wajah menjadikan wajah halus, sehat dan mencegah timbulnya jerawat.
4 Scrub Gula untuk Wajah
Berikut beberapa resepi scrub gula untuk wajah yang boleh dibuat sendiri di rumah.
1. Scrub Gula dan Lemon
Scrub ini bagus untuk kulit kering dan menjadikan kulit lembut.
Bahan:
– 1 cawan gula
– 2biji  Lemon ( ambil airnya)
– ¼ cawan krim susu
– 2 sdm minyak zaitun
Cara:
Campur semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau sampai merata dan jaga jangan sampai gulanya larut. Sapukan pada wajah dan leher, dan gosok lembut dengan gerakan melingkar. Lakukan selama sekitar 10-15 minit. Bilas dengan air hangat.
2. Scrub Gula dan Teh Hijau
Scrub ini dapat membantu mengencangkan dan mengencangkan kulit secara menyeluruh. Ini adalah scrub antioksidan yang dapat meningkatkan tekstur kulit Anda.
Bahan:
– 1 Cawan  gula
– 5 sdt minyak zaitun
– 1 sdm teh hijau
– Beberapa tetes vanili
Cara:
Campur semua bahan, aduk sampai merata. Sapukankan pada wajah, dengan gerakan ne🕝selama sekitar 10-15 minit. Bilas dengan air hangat.
3. Scrub Gula Coklat dan Madu
Scrub ini bagus untuk kulit sensitif dan dapat mambantu mengatasi jerawat.
Bahan:
– 1 Cawan gula
–  ½ Cawan madu
Cara:
Campurkan gula dan madu, kacau hingga merata. Sapukan pada wajah dan leher, gosok dengan gerakan melingkar selama sekitar 20 menit. Bilas dengan air hangat.
4. Scrub Gula Coklat dan Minyak Jojoba
Scrub ini bagus untuk membersihkan dan menyingkirkan kotoran pada kulit.
Bahan:
– 1 Cawan gula
– ¼ Cawan minyak jojoba,
– 8 – 10 kapsul vitamin E
– 1 sdm. minyak jeruk
Cara:

Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Anda boleh menambahkan atau mengurangi minyak jojoba untuk mendapatkan konsistensi yang Anda inginkan. Jangan lupa membuka kapsul vitamin E. Kacau sampai rata. Cara menerapkannya sama seperti penjelasan diatas.
Scrub wajah semulajadi ini merupakan cara terbaik untuk menjaga kulit tetap bersih dan sihat.
Jangan lupa menyapu toner ke sekeliling wajah setelah mencuci wajah untuk menghindari infeksi dan menutup pori-pori.
Dan menerapkan pelembab lembut atau minyak alami untuk menghindari kekeringan pada kulit.
Gunakanlah scrub gula ini seminggu sekali untuk menjaga wajah agar tetap sihat dan halus.

KENAPA GULA BUKAN GARAM?

1. Multifungsi
Gula membantu mengurangkan keradangan jerawat, pemutih kulit semulajadi, membersihkan lapisan kulit mati dan kotoran secara menyeluruh, serta menjaga kulit agar tetap lembap sepanjang waktu.

2. Sesuai untuk semua usia kerana ianya tidak terlalu keras dan sesuai untuk paling sensitif

3. Membantu melembapkan kulit

4. Anti penuaan

5. Membersihkan kulit dari dalam