Monday, 19 March 2018

KENAPA KITA PERLU SCRUB BADAN ?

Pernah tak baru je lepas mandi, tapi bila lap badan terasa ada macam tak puas je. Lepas tu, tiba-tiba bila gosok kulit, eh ada daki lagi. Padahal tadi dah sabun berkilo-kilo sampaikan bilik air semerbak bau haruman rose.. Why? What happen ni?

Ini adalah disebabkan bila kita mandi dengan menggunakan sabun @ mandian biasa hanya boleh membersihkan kulit daripada kotoran namun sel mati tidak dibuang dengan sempurna yang akan mengakibatkan sel-sel kulit mati bertambah tebal dan akan menghalang sel kulit yang baru untuk menyerlah. 

Disebabkan itu, kita perlu scrub kulit badan sekurangnya 2 kali seminggu bagi:
 
1) Menanggalkan sel-sel kulit mati pada badan- Yang ni memang best sebab lepas scrub,kulit sentiasa halus dan lembut dalam jangka masa panjang.


2) Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi- Haaa,kat mana bahagian tersembunyi tu ya? Masing-masing boleh check balik diri sendiri . Ok satu contoh: belakang siku,leher.

3) Mengurangkan tekanan dan keletihan- Penting untuk kita memilih body scrub yang bagus dan mempunyai bau yang sesuai dengan hidung dan citarasa sendiri. Sebab selalunya selepas kita srcub badan,baunya akan kekal wangi plus menangkan dan mendamaikan minda. Lagi best,akan membuatkan orang sekeliling anda jeles. Hihi

0 comments:

Post a Comment