Monday, 19 March 2018

KELEBIHAN MADU DALAM KECANTIKAN DAN KESIHATAN



1. Melindungi
Sejak dahulu lagi, madu berupaya melindungi kulit kerana mengandungi antioksida yang berupaya menyembuhkan luka, menghilangkan bintik-bintik merah dan melawan kerengsaan pada kulit. 

2. Melembabkan
Madu telah lama dikenal sebagai pelembap semulajadi, yang bila digunakan secara teratur, dapat melembutkan kulit ataupun rambut  kering. Anda dapat sapu madu ke seluruh muka dan leher atau campurkan dengan bahan-bahan semulajadi lain bagi menjadikan kulit menjadi lebih lembut.

3. Anti-Penuaan
Madu juga dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan. Anda akan kelihatan lebih muda  karana kandungan madu yang dapat menghalang radikal bebas. Madu juga boleh dijadikan sebagai toner. Caranya ialah dengan mencampurkan madu bersama teh lemon, teh madu dan air secukupnya dan dikacau sebati. Kemudian titiskan ke kapas dan sapu ke seluruh muka yang telah dibersihkan.

4. Menyembuhkan
Infeksi dan luka dapat dikurangkan dengan makan madu. Ini disebabkan madu mempunyai kandungan anti-mikroba. Gula pada madu dapat mempercepatkan proses penyembuhan pada luka.

5. Memelihara
Anda boleh mengamalkan madu dengan cara meminumnya secara berkala dan menyapu madu secara terus pada kulit dan rambut. Nutrisi yang ada di dalam madu seperti magnesium, potassium dan kalsium akan mendorong sel untuk menghasilkan kulit yang sihat dan cerah berseri. 

6. Membersihkan
Dengar macam aneh namun madu memang dikatakan sebagai pembersih. Akan tetapi, kandungan enzim semulajadi dalam madu, ketika dicampur dengan air, dapat menghasilkan cairan antispetik yang lembut untuk membersihkan kulit secara menyeluruh tanpa mengurangkan kandungan minyak semulajadi anda.

7. Anti Jerawat
Jerawat seringkali menjadi masalah utama bagi para wanita. Untuk menghilangkannya sapukan madu pada bahagian yang berjerawat dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Kandungan anti bakterinya berkhasiat membunuh jerawat dan membersihkan cela.

0 comments:

Post a Comment