Sunday, 22 April 2018

DROPSHIP

Kerja..Kerja..Kerja.. 
Letih usah cakaplah..
Bestnya kalau dapat massage, sauna dan badan di scrub dengan haruman.. Segar rasanya.. 
Alami kenikmatan SPA di rumah anda..


Kak Dee nk buka peluang tambah income jadi sebahagian drp team Kak Dee..
Jom jana keuntungan lumayan bersama. 
Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus Inbox atau tinggalkan number fon.
#20%keuntungan
#anndeebodycare
#anndeesugarscrub



ANN DEE SUGAR SCRUB BODY CARE


Alhamdulillah.. syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.. Majlis Pelancaran Produk Kak Dee 'Ann Dee Sugar Scrub, Body Care' telah berjalan dengan lancar pada 14.04.2018 yang bertempat di Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur yang lalu. 

Terima kasih atas doa korang semua terutama ahli keluarga Kak Dee dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang misi untuk pelancaran produk Kak Dee ni.. Kak Dee rasa happy sangat dan amat terharu dengan support dari korang semua.. Pada yang PM Kak Dee, Kak Dee akan reply satu satu ye.
#anndeesugarscrub
#anndeebodycare






Wednesday, 18 April 2018

MAJLIS PELANCARAN PRODUK PIBF & FACE OF ZEETA 2018 PART 1

Assalamulaikum, 
Hai semua followers dan semua bloggers yang Kak Dee sayangi.. 
Kak Dee nak cerita sket sekitar Majlis Pelancaran Produk PIBF & Face of Zeeta 
yang merupakan event paling bersejarah yang pernah Kak Dee hadiri 
sepanjang Kak Dee terjebak dalam dunia perniagaan ni. 

Ini kali pertama juga Kak Dee berjaya mempromosikan produk Kak Dee sendiri iaitu 
Ann Dee Sugar Scrub Body Care You''ll Love (buatan tangan tau..)..
Ok..jom kita view sket gambar-gambar yang sempat adik Kak Dee amik merangkap Juruphoto 
Kak Dee sebelum majlis tersebut berlansung.. lets check it out..  

Sebelum itu, Kak Dee nak cerita sket apa itu PIBF..
PIBF adalah singkatan kepada Program Intensif Business Founder 
yang Kak Dee hadiri selama 3 bulan dari bulan Februari 2018 hari tu.

PIBF ni dianjurkan oleh Puan Zaiti Nordin, pengasas Zeeta. 
PIBF ini bertujuan bagi memberikan peluang kepada para usahawan-usahawan wanita 
untuk membangunkan produk sendiri untuk diketengah di dalam pasaran.

MAJLIS PELANCARAN PRODUK PIBF & FACE OF ZEETA

TARIKH: 14 APRIL 2018 (SABTU)
 TEMPAT: ANCASA HOTEL & RESORTS KUALA LUMPUR
MASA: 2.30pm - 7.00pm 
  

  

Sempat lagi Kak Dee berposing sementara adik2 Kak Dee setup booth Kak Dee...berdebar ni time ni..
Dah la dapat meja depan sekali dekat dengan meja VVIP dan Juri...

  

Adik2 Kak Dee tengah sibuk deco booth Kak Dee.. 
Kat bawah ni antara booth2 Founder PIBF yang turut sama Kak Dee dalam majlis ini..

 

 

Ok..booth Kak Dee dah siap...tara.... 

  


  
Ok, nanti Kak Dee sambung pula sekitar Majlis Pelancaran pula.. stay tune.
Majlis Pelancaran Produk PIBF & Face of Zeeta Part 2 is coming..

Wednesday, 11 April 2018

SEHARI LAGI


TIPS SELFIE

Siapa suka ambik gambar diri sendiri? atau bahasa mudahnya selfie?

Hari ini Kak Dee nak kongsi tips agar gambar jadi cantik walaupun kamera cap ayam..hehehe

1. Semak Rupa
Meaning, check dulu tudung tu senget tak? celah gigi tu ada tak sisa makanan, muka tu ada bedak tak? Tak semestinya orang cantik je boleh selfie, kita yang tak cantik boleh jadi cantik juga aih kalau boh bedak sikit, lipstik sikit.. tak yah boh banyak ok.

2. Pencahayaan
Untuk Selfie, pastikan pencahayaan yang masuk melalui kamera henfon adalah mencukupi agar gambar tidak menjadi gelap.

3. Latar belakang gambar
Kalau nak ambik gambar tu, tengok dulu sekeliling kita, terutama belakang kita supaya gambar jadi cantik. Bukannya main taram je ambik gambar, sekali rupanya ada lori sampah lalu belakang kita, kang dah tak cantik.

4. Silence
Ada sesetengah orang tangannya menjadi parkinson bila nak selfie. So apa yang anda boleh buat, tarik nafas secukupnya agar bila bergambar, gambar tidak bergoyang.

5. Edit
Lepas bergambar, boleh la edit sikit gambar tu, touch up mana yang patut. Tapi kalau tak nak pun tak apa, lagi bagus. Natural gitu.. :)

6. Pertimbangan sudut
Masa nak bergambar tu, cari posisi muka yang sesuai. Tidak terlalu dekat dengan muka dan boleh cover mana yang ada jerawat tu ke atau double chin tu.. hehehe :)

Ok.. dah faham kan, boleh selfie dah.. hehehehe :)

Tuesday, 10 April 2018

KELEBIHAN MOISTURIZING SCRUB





KELEBIHAN SUGAR SCRUB RELAXING


KELEBIHAN SUGAR SCRUB SLIMMING